Friday, July 6, 2012

Betina berkokok di siang hari

Betina berkokok,
Hakikat yang tersendiri,
Ilusi yang hakiki,
Inikah dunia kita

Betina berkokok,
Antara dua pangkat,
Ada di atas ada di bawah,
Bagai langit dan dunia

Betina berkokok,
Membelakangi imam,
Belum tentu sempurna,
Andai ada yang memahami

Betina berkokok,
Ada yang terdiam lesu,
Terduduk terus terpaku,
Tatkala itu mentari kan berlabuh maju...

Tuesday, July 3, 2012

Sayang,
Ada yang kata kau rindu
Ada yang kata kau cinta,
Tapi yang ku tahu hanya kamu

Cinta,
Bicaramu seperti sayang,
Kata-katamu umpama rindu,
Tapi yang ku tahu hanya kamu Rindu,

Indah mekar ungkapan cinta,
Terbit kata-kata sayang,
Tapi yang ku kenal hanya kamu

Sayang, cinta dan rindu,
Hidup kita, hidup mereka,
Pelbagai perisa pelbagai rasa,
Namun yang berbezanya kita,
Bukan kerana ketiga-ketiganya,
Tapi cuma satu.....
.............
.........
... ..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SATU MALAYSIA   :P

Thursday, April 21, 2011

Wahai perhiasan dunia....

Wanita,
Dengarlah rintihan,
Insan yang kau katakan buaya,
Yang kau katakan menzalimi diri kalian,
Sering kali dipersalahkan,
Tanpa sebarang alasan...

Wahai wanita,
Kenapa kau tak pernah menilai dirimu,
Yang sering kali seronok dengan azab,
Azab yang akan menimpa,
dan terus menimpa ke atas dirimu,
kelak kau akan mengetahui....

Wahai wanita,
Adakah terlalu berat bagimu,
Mengikut syariat yang dibawa seorang Insan,
yang sentiasa perit berjuang,
untuk membebaskan kalian,
dari belenggu jahiliyah insani...

Wahai wanita,
Terlalu berat untuk aku mengungkapkan kata-kata,
Terlalu berat untuk aku menukilkan segala-galanya,
Tapi saban hari dalam hidupku,
Sering kali aku menerima 'saham' percuma,
Akibat daripada perbuatanmu itu....

Wahai wanita
Aku sentiasa berdoa,
Agar hidayah kan terhinggap di hati kalian,
Aku sentiasa berdoa,
Akan tiba masa kau menyedari segala-galanya,
namun aku berharap itu bukanlah,
Saat-saat terakhir hidupmu....

Wahai wanita ,
Penggongcang dunia.......